Thursday, 28 July 2016

MENCARI KAUM YANG HILANG DI SARAWAK.

Dr. JENIRI AMIR

Pada suatu ketika dahulu, sebelum kedatangan Rajah James Brooke ke Sarawak pada 1841,  Sarawak dikatakan mempunyai sekitar 60 kumpulan etnik.
Pernahkah anda mendengar etnik Ukit, Sihan, Lahanan, Kejaman, Longkiput, Saban, Sekapan, Tagal, atau Remun?
Sebelum kedatangan Brooke, sesuatu kelompok tidak menggelarkan diri mereka mengikut nama kaum seperti yang kita kenali pada hari ini.  Sebaliknya, setiap kelompok menggelarkan diri mereka mengikut batang sungai atau penempatan.  
Mengapakah jumlah etnik semakin berkurangan di Sarawak? Adakah sebahagiannya sudah pupus atau hilang dari muka bumi? Jika pupus, apakah faktor yang menyebabkan kepupusan itu?
Ada daripada orang Melayu yang kita kenali pada hari ini sebenarnya berasal daripada kelompok kaum yang pada asalnya bukan beragama Islam. Ketika amalan kahwin campur dan memeluk Islam berlaku di Sarawak sejak berabad-abad lalu sehingga suku ketiga abad lepas, ada yang menyifatkan mereka sebagai masuk Melayu, dan bukannya masuk Islam. 

 Pada awal abad ke-15, Kesultanan Brunei  menjadi begitu kuat dan berpengaruh di Borneo. Pada ketika itu, banyak suku kaum lain seperti Melanau, Kedayan dan  kaum Dayak turut menganut agama Islam. Mereka bukan sahaja menganut agama itu, tetapi turut mengamalkan akomodasi, asimilasi dan amalgamasi dari segi sosiobudaya. Ada daripada mereka menggelarkan diri sebagai Melayu apabila sudah menganut agama Islam. 

Mengikut catatan pihak  Belanda, lama sebelum pemerintahan Belanda, kebanyakan masyarakat Iban di kawasan Kapuas telah “masuk Melayu” dengan memeluk agama Islam, atau telah banyak dipengaruhi oleh budaya Melayu. Gelaran Dayak sebenarnya merupakan ciptaan pegawai dan pengembara Barat, iaitu Belanda dan Inggeris, di sekitar pulau Borneo pada abad ke-19.  Tidak syak lagi, orang Dayak yang memeluk Islam menjadi Melayu.  
 Hal ini turut berlaku kepada orang Pegu, Seru, Kedayan, Melanau dan Bliun. Kaum minoriti Seru yang terdapat di Saribas  dipercayai merupakan kaum bukan Melayu  awal yang memeluk agama Islam di Sarawak. 

Orang Seru merupakan kaum yang lemah dan sering menjadi mangsa kegiatan ngayau  atau memotong kepala kaum Iban. Kedatangan orang Melayu memungkinkan mereka mendapat perlindungan. Ekoran daripada itu, ramai wanita Seru mengahwini orang Melayu, dan akhirnya seluruh kaum itu menganut agama Islam, justeru masuk Melayu. Hal yang sama juga berlaku terhadap kaum Bliun di Rejang dan Miri di Baram.
Kaum-kaum berkenaan tidak lagi wujud atau pupus pada awal abad ke-19.  Orang Kedayan di Sibuti dan Limbang-Lawas turut memilih untuk masuk Melayu atau menganut agama Islam. Malah, mereka merupakan antara orang terawal di utara Borneo yang menerima Islam walaupun hakikatnya mereka masih menggelarkan diri mereka Kedayan dan mempunyai jati diri yang jelas. 

Orang Pegu sebenarnya berasal dari hulu Sadong dan kemudiannya berhijrah ke Santubong.  Orang Melayu Samarahan adalah daripada keturunan Pegu. Ternyata, orang Pegu juga telah ‘masuk Melayu’ apabila mereka memeluk agama Islam. Sebagai satu kaum, Pegu sudah lenyap daripada demografi Sarawak  ekoran daripada proses asimilasi sesudah mereka memeluk agama Islam.  

Asimilasi mutlak atau sempurna dalam kalangan kaum Pegu telah menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti sehingga kemudiannya mereka menjadi Melayu.

Pada hari ini, terdapat tiga kategori Melanau, iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau yang masih berpegang kepada kepercayaan lama. Lebih 75 peratus daripada suku Melanau telah memeluk agama Islam dan meninggaklkan adat resam dan rumah panjang mereka hasil kejayaan pemerintahan kesultanan Brunei.  Orang Melanau Islam di bahagian ketiga dan keempat kadangkala memanggil diri mereka sebagai orang Melayu dan oleh orang lain meskipun hakikatnya mereka ialah Melanau.  Ramai orang Melanau di bahagian pesisir pantai yang sudah terpengaruh dengan kebudayaan Melayu dan memeluk agama Islam dan menyebabkan sesetengahnya dianggap seperti Melayu meskipun ada yang lebih suka mengekalkan identiti mereka sebagai orang Melanau Islam, dengan tidak lagi tinggal di rumah panjang dan tidak lagi mengamalkan budaya dan adat yang bercanggah dengan ajaran Islam. 

Hasil hubungan berkenaan juga, kaum minoriti di Sarawak ketika itu juga memeluk agama Islam, dan turut menggelarkan diri mereka sebagai Melayu, kerana sesudah memeluk Islam mereka menyifatkannya sebagai ‘masuk Melayu’. Hal inilah yang berlaku kepada suku Bliun di Sarikei dan di Tembang Bliun apabila mereka berpeluang berinteraksi dengan orang Melayu dari Sadong dan Simanggang. Malah, hasil perkahwinan campur dengan orang Melayu menyebabkan semua suku berkenaan masuk  Melayu. 

Selain itu, James Brooke mencatatkan bahawa ramai orang Iban di Lundu telah memeluk Islam menjelang 1939.  Malah menjelang, menjelang 1854,  mubaligh Kristian, Gomes, menganggap Iban di Lundu  telah menggunakan dan mengamalkan bahasa dan budaya Melayu.  

Seawal 1860, Iban Balau di Bahagian Kedua, Sarawak, termasuk Anak Pegawai Negeri telah memeluk Islam dan masuk Melayu.  Iban di Skrang dan Saribas lebih terdedah kepada budaya Melayu dan agama Islam kerana mereka tinggal di kawasan yang sama. Kedua-dua kaum itu sering berinteraksi, malah mereka  terlibat dalam kegiatan bersama seperti kegiatan perdagangan, ketenteraan dan perlanunan. Dalam keadaan demikian,  sudah tentu perkahwinan campur dan memeluk agama Islam dalam kalangan Iban lebih mudah berlaku. 

Proses asimilasi dan amalgamasi antara  etnik bukan Islam turut menyebabkan etnik lain yang kecil pupus atau hampir pupus. Hal ini berlaku terhadap Orang Tatau di Tatau yang tinggal kurang daripada sepuluh orang sahaja lagi yang berdarah totok Orang Tatau, yang sebenarnya berasal dari Kalimantan. Perkahwinan campur antara Orang Tatau dengan orang Punan Kakus dan Beketan yang hidup di sekitar telah menyebabkan Orang Tatau yang mengakamodasikan diri mereka ke dalam masyarakat yang lebih dominan di ambang kepupusan.  

Namun, jika ditelusuri dari segi sejarah keturunan dan asal usul, Orang Tatau, Punan Kakus dan Beketan mempunyai hubungan keturunan serumpun, tetapi penghijrahan  dan perkahwinan campur telah menyebabkan kaum itu hampir pupus. Adakah Orang Tatau akan mengalami nasib yang sama seperti dialami kaum Seru, Pegu dan Bliun dalam tempoh kurang daripada dua dekad?.
 Kepupusan setiap etnik adalah satu kehilangan besar dari segi warisan bangsa. Jika sesuatu kumpulan etnik pupus, bermaksud hilang bersama kaum itu ialah khazanah yang amat berharga. Apabila sesuatu kaum pupus, maka pupus bersama-samanya ialah bahasa, budaya, kepercayaan, adat resam dan seluruh memori kolektif kaum itu. – Sumber dari Sarawakvoice.com

Profesor Madya Dr Jeniri Amir ialah penganalisis politik dan pengarang prolifik yang kini bertugas di Universiti Malaysia Sarawak

5 Sebab kenapa couple haram







PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak

 harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.
Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
 sumber :  http://www.lamankongsi.com/2011/06/5-sebab-kenapa-couple-haram.html

Monday, 25 July 2016

INILAH 8 KELEBIHAN BUAH PISANG JIKA ANDA AMALKAN SETIAP HARI ..

Pisang adalah makanan sangat lazat yang boleh memberi badan kita banyak bahan yang diperlukan untuk berkembang. Ia penuh dengan nutrien, vitamin, serat, dan gula semula jadi, seperti sukrosa dan fruktosa. Itu adalah sebahagian daripada sebab mengapa makan 2 pisang sehari dapat membantu untuk memastikan badan anda sihat. Perkara terbaik tentang pisang ialah ia sangat mudah untuk dicari dan harganya amat berpatutan.

Di Amerika Syarikat, pisang adalah buah-buahan yang paling digemari. Berikut adalah beberapa kepentingan pisang yang boleh meningkatkan kesihatan anda.

1) Pedih hati - Pisang adalah anti-asid semulajadi dan boleh memberikan kelegaan daripada pedih ulu hati dan refluks asid. Dengan hanya makan pisang boleh membawa kelegaan menenangkan dan mengurangkan gejala pedih ulu hati anda.

2) 
Tekanan Darah - Pisang membantu untuk menurunkan tekanan darah dan melindungi daripada strok atau serangan jantung kerana ia adalah rendah natrium dan tinggi kalium, menjadikan ia makanan yang menyihatkan hati.

3) Tenaga - Makan satu atau dua biji pisang sebelum senaman akan memberikan anda tenaga yang cukup untuk bertahan satu jam atau lebih. Vitamin dan mineral menyokong peningkatan ketahanan 
badan anda, manakala kalium membantu mencegah kekejangan otot.

 4) Anemia - Pisang boleh membantu mereka yang mempunyai anemia dengan menyediakan zat besi yang amat diperlukan oleh badan yang merangsang sel darah merah dan pengeluaran hemoglobin.


5) Stress  - Kandungan potasium bermanfaat mengembalikan degupan jantung kepada normal. Gabungan pelbagai zat pemakanan yang dimiliki pisang mengawal keseimbangan kelembapan dalam badan dan memperbaiki penghantaran oksigen ke otak.

6) Sembelit - Jika anda ingin jauh daripada sembelit, pisang adalah ubat yang baik untuk anda. Ia mempunyai serat yang cukup banyak untuk merangsang pergerakan usus dan memberikan kelegaan semula jadi untuk sembelit.

7) Saraf atau PMS - Apabila anda berasa muram dan tertekan, makan sahaja pisang. Ia membantu untuk mengawal gula dalam darah dan kaya dengan vitamin B yang secara semula jadi menenangkan sistem saraf dan membuat kita lebih tenang.


8) Suhu badan - Makan pisang pada hari yang panas boleh menyejukkan badan anda dengan menurunkan suhu badan. Perkara yang sama terjadi jika anda demam.

Sekarang baru anda tahu kenapa monyet itu periang. Makanlah pisang!
 
SUMBER :   http://www.laicikang.com

Ditinggalkan sewaktu gemuk, teman lelaki ingin kembali setelah wanita ini kurus, namun

Seorang wanita telah berkongsi pengalaman ditinggalkan orang tersayang kerana kegemukannya. Dengan sokongan seorang lelaki, dia berjaya mengurangkan berat badan. Ikuti kisahnya:
Dia yang menerima aku di saat aku ditinggalkan tanpa sedikit pun belas kasihan . Aku dikhianati oleh seorang lelaki bernama Mamat *bukan nama sebenar* hahaha Mamat meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus.

Aku cuma sedar apabila dia bawa seorang perempuan lain jumpa mak dia . Mulai dari hari tu aku SMS tidak dijawabdan panggilan telefon ditolak olehnya. Aku hampir separuh gila diperlakukan sedemikian . *puihhh*

Di saat aku gemuk, berat mencecah 90 kg, seorang lagi insan bernama Rafi * kali ni nama sebenar * menerima aku, menyayangi aku dan memberi sepenuh perhatian kepada aku . Dia sangat-sangat menghargai aku . Tak penah sekali pun dia merungut mahupun menyuruh aku cuba diet , kuruskan badan dan sewaktu dengannya.


Aku rasa bahagia di samping dia walaupun kadang-kadang pendapat kami selalu tak sehaluan dan selalugaduh-gaduh manja gituh!!! hahaha. *manja sangat* Aku cuma nak cakap terima kasih Muhamad Rafi Mohd Akram , sebab berada di samping aku di saat seorang lagi kaum sejenismu meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus semata-mata hanya kerana pada waktu tu aku GEMUK *terlalu gemuk rasanya* . Maklumlah dia kenal aku pun masa kurus tapi sampai GEMUK aku ditinggalkan.


Dari berat aku 90 kg sampai sekarang 58 kg , dari t-shirt size XXL sampai S , dari baju kurung saiz 46 sampai 36 , dari seluar saiz 38 sampai 30 yang berada di samping aku cuma Mohd Rafi . Mamat pernah try aku balik bila dia tengok aku kurus . Ya aku pernah layan Mamat. untukapa ? Untuk buat Mamat rasa apa yang aku rasa .

Dan aku berjaya buat dia betul-betul sakit hati. Padan muka mamat.

To my dear Mat Rafi , I love you so much ihiks *aku jadi mcm sekarang di atas kehendak aku sendiri dan hanya disokong oleh Mat Rafi itu pun yang pada mulanya jadi penghalang no 1*

 Sumber: Farziara Lee amazingnara.com