2013 DALAM KENANGAN
Selang dua tahun sebelum ini pada tahun 2013 Dewan Serbaguna
Kampung Tanjung Bundung, Kota Samarahan sungguh meriah apabaila diadakan
pertandingan Karaoke dan Pertandingan Kugiran (Battle Of The Band) tertutup
kepada penduduk Kampung Tanjung Bundung, dimana terdiri daripada Kampung
Tanjung Bundung, Lot Fasa 1, Lot Fasa 2 dan Lot Fasa 3.
Pertandingan diadakan selama dua malam
berturut-turut. Pada malam pertama di sajikan dengan pertandingan Karaoke dan
pada malam kedua pula pertandingan Battle of The band..
Kugiran adalah pertandingan yang julung kali
diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan terutama bagi golongan muda..
Alangkah baik, sekiranya pertandingan seumpama itu
diadakan sekali setahun, sebab bagi anak muda secara tidak langsung ianya
menjadi tempat untuk mengetengahkan bakat masing-masing..
No comments:
Post a Comment