MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI
PERKHIDMATAN AWAM BAHAGIAN SAMARAHAN
01 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437 telah diadakan Majlis Ramah Tamah
Aidilfitri Perkhidmatan Awam Bahagian Samarahan bertempat di Dewan Suarah
Samarahan.
Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir sekita jam 1.00
petang. Majlis di serikan dengan
pelbagai persembahan nyanyian, tarian dan live band serta pelbagai Juadah Hari
Raya telah di sajikan kepada semua pengunjung dan jemputan.
Kumpulan Simple Head Band juga berpeluang menghiburkan hadirin yang
hadir pada hari tersebut sebagai Band Jemputan Jabatan Pertahanan Awam Bahagian Samarahan
(JPAM).
Majlis turut dihadiri oleh YB Puan Rubiah Wang, Ahli Parlimen P197 Kota
Samarahan, YB Dato' Idris Buang ADUN N16 Muara tuang, dan YB Awla Deris ADUN
N25 Simunjan serta beberapa jemputan khas.
Tahniah diucapkan kepada pentadbiran Bahagian Samarahan atas
penganjuran majlis yang sangat meriah ini. Semoga kerjasama padu di kalangan
jabatan di Bahagian Samarahan sentiasa berkekalan serta berjumpa lagi di tahun
depan.
No comments:
Post a Comment