Sunday, 22 November 2015

BATTLE OF THE BAND DAERAH ASAJAYA



PERTANDINGAN KUGIRAN (BATTLE OF THE BAND) DAERAH ASAJAYA
SEMPENA PROGRAM PESTA AMBAL DAERAH ASAJAYA 2015
PADA 15.11.2015 DI PERKARANGAN PEKAN ASAJAYA.

Asajaya, Ahad 15 November 2015 Telah berlangsung Program Pesta Ambal Daerah Asajaya di Bahagian Samarahan. Program diadakan di perkarangan pekan Asajaya. Dalam pada itu pihak penganjur program pesta ambal telah mengadakan pertandingan Kugiran atau Battle of The Band di mana telah di sertai oleh 6 buah kumpulan sekitar Kuching & Samarahan.
 



Diantara kumpulan kugiran yang telah mengambil bahagian ialah Short c Cute, Headdiver, Last Minute, Simple Head Band, MGSJ dan D Coffe. Kesemua kumpulan kugiran telah mempersembahkan persembahan yang hebat dan menghiburkan.

Keputusan penghakiman pertandingan,

Johan – Headdiver
Naib Johan – Short c Cute
Ketiga – Simple Head Band

Tahniah dan Syabas diucapkan semoga pertanding sedemikian akan sentiasa diteruskan untuk memupuk minat di kalangan belia untuk menyertai dan mengetengahkan bakat masing- masing.

No comments:

Post a Comment