Pernahkah
kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang
jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan
hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luas sekitar 1.2 ekar di
Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London
dan beberapa bursa saham lain.
Tanah
beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat
yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina
dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.
Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang
kedudukannya tidak jauh dari KLCC.
Diberitakan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta
wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan
ini selama 25 tahun. Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau
meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh
buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan
sedikit itulah.
Selebihnya
sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari
Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di
kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat bertapa
tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad
Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.
Inilah
tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah
sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan
harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.
Ia
juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan
mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik
mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di
hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus
menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya
untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada
Allah atas harta yang kita infakkan.
*
Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri
Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah
Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah
di Cyberjaya semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting
pembentangan beliau bertajuk ‘Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah’
dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah. – Nasaie
Ismail
SUMBER
CERITA : MYDEBAT.COM http://mydebat.com
No comments:
Post a Comment