Thursday, 29 October 2015

Daging Korban Tidak Boleh Dijadikan Sebagai Upah Kepada Tukang Lapah Atau Tukang Sembelih



Daging Korban Tidak Boleh Dijadikan Sebagai Upah Kepada Tukang Lapah Atau Tukang Sembelih
Sudah pasti menjelang musim perayaan Aidiladha ini ramai antara kita yang melakukan ibadah korban dengan menyembelih Lembu, kambing, Kerbau atau unta.
Di dalam masyarakat kita sekeliling seperti admin sendiri, sudah pasti ramai akan datang menolong menyembelih dan melapah daging haiwan yang dikorbankan akan diberi daging korban tersebut sebagai upah.
Sehingga saat ini, admin sendiri terbaca artikel yang ditulis oleh Mufti Perlis, Dato Dr Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza di dalam blognya Minda Tajdid bahawa perbuatan memberikan daging korban kepada penyembelih dan tukang lapah adalah adalah dilarang.

Kenapa Dilarang

Perlu diketahui bahawa daging korban tidak boleh dijual oleh si pembuat korban jadi dalam erti kata lain adalah haram melakukan sistem jual beli sama ada dengan cara tukaran wang atau tukaran tenaga kerja.
Jadi apa sahaja transaksi yang membawa erti ‘menjual binatang yang telah dikorbankan’ samada dengan tukaran duit atau tenaga atau selainnya, adalah dilarang.
Ini kerana para fuqaha (sarjana fekah) bersependapat bahawa adalah haram hukumnya daging sembelihan korban (al-adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam Bidayah al-Mujtahid:
“Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging korban” (1/703, Beirut: Dar al-Khair)

Upah Hasil Korban

Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang ini telah diketahui oleh kebanyakan kita. Namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja.
Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).

Di dalam riwayat al-Imam Muslim ditambah dengan ucapan Saidina `Ali: “Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada (harta) kami sendiri”.
Ya, walaupun hadis di atas berkaitan dengan sembelihan haji namun sama juga hukumnya dalam masalah korban. Apa yang penting ialah larangan menjadikan sembelihan yang disembelih bagi melaksanakan suatu tuntutan ibadat sebagai bahan jual beli, iaitu membeli tenaga kerja dengan bayaran daging sembelihan korban atau al-hadi (sembelihan haji).
Ini telah dijelaskan oleh al-Imam as-Son `ani dalam Subulus as-Salam, katanya:

“Hadis ini menunjukkan bahawa disedekahkan kulit dan apa yang menutupi binantang korban sepertimana disedekahkan dagingnya. Ianya tidak boleh diberikan kepada penyembelih atau pelapah sedikitpun darinya. Ini kerana termasuk dalam hukum jualan disebabkan kedudukannya sebagai upah. Hukum sembelihan korban sama juga dengan hukum sembelih haji dimana daging dan kulitnya tidak boleh dijual juga tidak boleh diberikan kepada penyembelih dan pelapah sedikitpun daripadanya. (4/148. Beirut: Dar al-Ma’rifah)


Larangan
 
Dengan hadis di atas jelas bahawa dilarang sesiapa yang melakukan korban memberikan daging atau apa-apa bahagian yang boleh dimanfaatkan dari binatang korban kepada penyembelih atau pelapah sebagai upah, seperti memberi daging atau kulit atau apa yang ada dibelakang binatang tersebut seperti pelana dan lain-lainnya. Sehingga al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim mengkritik pendapat Hasan al-Basri yang membenarkan diberikan kulit kepada penyembelih atau pelapah. Al-Imam an-Nawawi terus mengulas ringkas pendapat ini dengan katanya:
“Pendapat ini telah memcampakkan (membelakangi) sunnah” (juz. 9 m.s. 435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut)
Ketika mengulas Saidina Ali bin Abi Talib di atas, al-Imam al-Imam an-Nawawi menyatakan dalam Syarh Sahih Muslim:

“Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

Maksud al-Nawawi ialah dengan perbuatan ini bererti kita telah menjual daging korban sebagai tukaran dengan khidmat penyembelihan. Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya yang lain iaitu al-Majmu’ sekali lagi menegaskan pendirian al-Mazhab al-Syafi`, katanya:

“Telah sepakat al-Imam al-Syafi`i dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafi`i bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Samada ia korban nazar atau sunat. Ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih ..”(8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)
Kata al-Imam Taqiyuddin al-Syafi`i di dalam kitabnya Kifayah al-Akhyar:

“Tidak boleh dijadikan bahagian dari korban itu sebagai upah untuk penyembelih walaupun korban itu adalah korban sunat.( m.s 149. Beirut: Dar So`ab)

Kata al-Syeikh Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris dalam kitabnya Ahkam al-Zabaih fi al-Islam:

“Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang melakukan korban memberi walaupun sedikit bahagian korban kepada penyembelih sebagai upah sembelihan atau melapah.( m.s. 143. Ctk.: Jordan: Maktabah al-Manar)

Seperti yang ditegaskan tadi bahawa termasuk dalam larangan ini ialah memberikan bahagian korban kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengurusan korban atas dasar upah atau kerja yang dilakukannya.



Beri Upah Asing

Mungkin akan timbul persoalan apakah para petugas sembelihan tidak memperolehi apa-apa ganjaran dari kerja yang mereka lakukan? Kita perlu jelas bahawa hadis-hadis tersebut bukan melarang memberikan upah kepada para peneyembelih atau pelapah.
Larangan dalam hadis-hadis berkenaan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Adapun jika upah itu berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban maka itu adalah tidak termasuk dalam larangan, bahkan adalah sepatut kerja dan tenaga seseorang itu dibayar upah. Sebab itu dalam riwayat tambahan al-Imam Muslim yang disebutkan tadi, Saidina Ali menyebut: “Kami memberikan kepada penyembelih atau pelapah dari harta kami sendiri”. Ertinya mereka akan tetap mendapat ganjaran dari hasil kerja mereka melalui upah yang beri dari wang atau sebagainya tetapi bukan upah itu tidak diambil dari bahagian korban.
Setelah melihat penjelasan ringkas ini maka perlulah kita sedari kalaulah amalan ini diteruskan iaitu mengambil mana-mana bahagian dari binatang korban yang disembelih samada daging, kulit atau sebagai upah bererti kita telah merosak pahala korban yang dijanji. Kata Mustafa al-Khin dan
Mustafa al-Bugha dalam Al-Fiqh al-Manhaji ketika menjelas fiqh korban di dalam mazhab al-Syafi`i:

“Tidak boleh untuk sesiapa yang melakukan korban itu menjual atau memberinya kepada penyembelih sebagai upah sembelihan, kerana ini mengurangkan apa yang dikorbankan dan merosakkannya”.( juz 1 m.s.235. Ctk. Dar al-Qalam, Damsyik.)

 

Syarat Dibolehkan

Walau bagaimanapun pemberian kepada penyembelih dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah. Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya. Sebaliknya jika diandaikan jika tidak kerana kerja yang dilakukan maka sudah tentu dia tidak memperolehi bahagian tersebut, maka ini dianggap sebagai upah. Ia merosakkan korban. Kata Wahbah al-Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh:

“Jika diberi kepada penyembelih dari apa yang dikorban disebabkan kefakirannya atau sebagai hadiah maka ini tidak mengapa“. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Ini seperti memberikan kepada penyembelih di atas dasar kemiskinan atau persahabatan yang sekirannya tanpa kerja yang telah dilakukan pun dia tetap akan diberikan.
Dalam contoh yang lain, diberikan kepada penyembelih atau pelapah atau petugas upah mereka dalam bentuk wang umpamanya, kemudian ketika dibahagi-bahagikan daging kepada orangramai maka turut diberikan kepada penyembelih atau pelapah atas dasar pemberian biasa, setelah mereka memperolehi upah yang sebenar dalam bentuk wang. Perkara seperti ini tentulah dibolehkan kerana pemberian itu tidak lagi di atas dasar upah dari bahagian korban kerana upah yang sebenar telah mereka perolehi.
Kata as-Syaukani dalam Nail al-Autar bahawa diriwayatkan daripada Ibn Khuzaimah dan al-Baghawi bahawa dibolehkan memberi bahagian korban kepada penyembelih jika dia adalah seorang yang fakir dan setelah diberi kepadanya upah yang lain (selain dari bahagian korban). (5/221. Beirut: Dar al-Jil)
Apa yang dikehendaki dari keterangan di atas, agar bahagian yang diperolehi oleh penyembelih atau pelapah atau petugas itu tidak disebabkan oleh kerja yang dilakukannya. Jika ini berlaku bererti telah melanggar larangan Rasulullah dan membatalkan korban.
Setelah kita melihat dalil yang sohih iaitu larangan baginda Nabi dalam hal ini serta ulasan yang jelas yang dibuat oleh para ulama, maka hendaklah kita menjaga agar tidak melanggarnya.
Cara penyelesaiannya telah ditunjukkan oleh Saidina `Ali di dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim tadi iaitu kita memberikan upah dari duit kita sendiri bukan dari bahagian korban yang mengakibatkan rosaknya korban yang kita lakukan.
Sesungguhnya sikap bakhil atau mengambil kesempatan melepaskan diri dari upah wang ringgit kepada penyembelih atau pelapah dan seumpamanya dengan cara memberikan daging atau bahagian korban kepada mereka adalah lambang ketidaktulusan.

- Siakapkeli.my

http://www.ommdotmy.com/2015/09/daging-korban-tidak-boleh-dijadikan-sebagai-upah-kepada-tukang-lapah-atau-tukang-sembelih/




Wednesday, 28 October 2015

TAHUKAH ANDA "BILA SUAMI MENCIUM JENAZAH ISTERI, ADAKAH BATAL WUDUK JENAZAH?"




Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah

“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.
Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.
PersoalanBatal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).
Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.

Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.
Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.

Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

Sumber :
http://www.ommdotmy.com/2015/10/suami-cium-jenazah-isteri-batalkah-wuduk-jenazah/

Monday, 26 October 2015

SEKADAR BERKONGSI SAHAJA (BAGAIMANA UNTUK BERHENTI MEROKOK)




Dipetik dari FB Khairul Anuar 

Syukur Alhamdulillah

Sudah hampir 10 Bulan saya bebas merokok..disini saya ingin memberi beberapa tips untuk Berenti merokok.

Saya dulu nya seorang perokok tegar sehari sekotak atau lebih saya Abiskn duit dgn membeli rokok.saya sudah beberapa kali berhenti merokok tp hisap balik oleh Kerana Iman saya nipis Dan berhenti merokok Tanpa nasihat atau rujuk Dari Doktor.pada awal tahun 2015 saya nekad Berenti merokok Dan akhirnya saya berjaya.tpis yg pertama

1.       tanam kn niat Berenti merokok

2.       solat hajat berzikir Dan selawat

3.    buat appointment Berenti merokok diklinik kerajaan atau swasta (bg yg Mampu)

4.     buat Tabung Berenti merokok.masuk kn dlm Tabung sehari dgn harga rokok yg anda hisap kalau anda amik sehari sekotak masuk la dlm Tabung tu RM ikut pasaran rokok

5.     buat pertama kali yg ingin mencuba boleh standby gula2 atau cwing gam sebab mulut masih rindukn putung rokok

Dan yg terakhir sekali Jgn termakan pujuk rayu kawan2 kerana dlm sesi awal berenti ni iman masih nipis & amalkan Gaya hidup sihat

PS:- jauhkan diri Dari BILA SAYA BACA KENYATAAN BAHAYANYA MEROKOK SAYA BERENTI MEMBACA

Tak lupa juga buat isteri tersayang yg bnyk memberi semangat untuk saya Berenti merokok

Sunday, 25 October 2015

“KENDURI ARWAH ITU WAJIB? ORANG MELAYU KITA SUDAH TERPESONG ?”



“KENDURI ARWAH ITU WAJIB? ORANG MELAYU KITA SUDAH TERPESONG ?”

Sikap orang kita yang terlalu cepat menilai dan menghukum orang memang sudah lali sejak dari dulu lagi, bukanlah nak menjatuhkan kaum sendiri. Tetapi apa yang dikatakan oleh wanita ini memang fakta dan cukup mendalam kepada kita semua.

Tabiat yang seolah-olah suka ‘meraikan’ kematian seseorang, sehingga menyukarkan keluarga si mati melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan. Mungkin bukan semua tetapi kebanyakan daripada mereka yang bersikap begini.

Perkongsian daripada seorang netizen ini akan membuka mata kita semua. Anda setuju atau tidak, itu terpulang dengan anda. Renung-renungkan.. – OhBulan

BUAT MEREKA YANG MASIH SUKAR MENOLAK KENDURI ARWAH..

Kenduri arwah itu WAJIB?..

Persoalan saya selama ini terjawab juga dalam Al-Kuliyah petang ini. Saya sering ada rasa tidak puas hati apabila ada saja kematian dalam sebuah keluarga, maka keseluruhan ahli keluarga akan bersibuk-sibuk menyediakan makanan buat tetamu yang hadir sedangkan pada masa itu suasana teramatlah sedih.

Teramat-amat sayu…

Saya teringat waktu kematian arwah ayah saya. Waktu itu kami sekeluarga berada dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing. Kami hilang satu kudrat, tulang belakang kami yang menyara hidup kami.Saya pula baru saja 3 bulan lebih bekerja. Masa tu gaji kecil sangat. Tolak itu tolak ini hanya tinggal beberapa ratus untuk teruskan hidup sementara tunggu gaji bulan seterusnya.

Bila terima kematian ayah tercinta. Hati bagaikan dilanggar garuda, sedihnya tidak terkata, ayah meninggal waktu saya ada bersama-samanya. Selesai urusan pengkebumian, saya lihat saudara mara sudah sibu bertanyakan tentang kenduri arwah yang akan dijalankan. Pada masa tu saya terasa terhimpit sangat, dengan keadaan gaji cukup-cukup makan, saya terpaksa korek sana sini. Kongsi adik beradik duit sekadar ada untuk menjayakan permintaan orang-orang yang lebih dewasa yang mahu kenduri arwah.saya biarkan emak berehat, sebab dia terlalu lemah, terlalu sedih dengan pemergian abah, jadi saya dan adik beradiklah yang uruskan semua dan saudara mara bantu memasak.

KEADAAN SALING TAK TUMPAH SEPERTI SEDANG MERAIKAN SEBUAH KEMATIAN, SEOLAH-OLAH SUDAH MENJADI ADAT YANG HUKUMNYA WAJIB.

Pada wakti itu, keadaan nya saling tak tumpah seperti sedang meraikan sebuah kematian, sedangkan keluarga kami baru sahaja kehilangan abah. Scenario ini biasa saya lihat dilakukan oleh orang dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya wajib, Saya amat keliru pada waktu itu..

Mengapa ada perlu ada hukum sebegini sedangkan sebenarnya mengdakan kenduri ini amat menyusahkan kami sekeluarga kerana menelan belanja yang besar. Dek kerana kenduri yang menelan belanja yang besar, kami terpaksa tangguhkan dulu nak beli batu nisan untuk kubur arwah abah. Bayangkan waktu itu batu nisan yang tidak sampai RM500.00 pun kami tak mampu nak beli sebab dah banyak habis duit pada kenduri.

Kami memang susah wakti itu sebab lepas abah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sangat teruk. Kami makan sekadar ada. Tiada yang mewah-mewah. Berlaukkan telur goring dan kicap juga sudah cukup syukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati hidup susah. Tubuh kami juga sudah pernah menjamah tidur diatas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk tanpa bantal.

ORANG MELAYU KITA SUDAH TERLALU BANYAK TERPESONG DENGAN ADAT.

Sudahnya, hanya selepas beberapa bulan, baru kami mampu beli batu nisan sebagai tanda kubur abah, menggantikan batang kayu dengan sedikit rimbunan bunga yang abang saya cacakkan sementara menunggu batu nisan dibeli.

Namun apa yang saya dengar dari ceramah AL-Kuliyyah hari ini menjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Ustaz beritahu, orang Melayu kita sudah terlalu banyak terpesong dengan adat. Kita beramal tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukkan utama berbanding Al-Quran dan Sunnah. Hasilnya, masyarakat kita terjerut sendiri dengan adat ciptaan manusia.

PADA ZAMAN RASULULLAH, MEREKA MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK KELUARGA SIMATI DEMI MERINGANKAN BEBAN KELUARGA. TAPI APA ORANG MELAYU KITA BUAT?..

Pada zaman Rasulullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpulkan sahabatnya dan menyuruh mereka menyediakan makanan untuk keluarga simati demi meringankan beban keluarga. Sunnahnya begitu. Tapia pa Orang Melayu kita buat?. Bercanggah bukan?, cukup saya katakan, keadaan yang kami sekeluarga alami suatu ketika itu adalah satu adat yang membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga simati mengadakan kenduri tahlil untuk arwah. Tapi biarlah kena pada waktunya. Iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula telah menyelesaikan semua perkara yang bersangkut paut dengan arwah, dan keluarga mempunyai duit yang mencukupi untuk menjamu tetamu yang datang. Bukanlah seperti sekarang, asal sahaja ada kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 7 malam berturut-turut yang menelan belanja besar. Seolah-olah jika tidak ada kenduri keseluruhan ahli keluarga itu berdosa atau tidak menghormati si mati.

Walaupun sekarang Alhamdulillah saya mampu dengan rezeki yang ALLAH bagi, tapi saya tidak sesekali menyokong adat yang terpesong dari sunnah itu. Sebab saya sudah rasa susahnya ketika itu. Saya tidak mahu orang lain rasa apa yang kami rasa. Sebab itu saya tidak kisah jika dihidangkan minuman sekalipun jika menziarahi orang meninggal. Keadaan itu sudah saya alami.


ADAT TIDAK SEMESTINYA BENAR DAN WAJAR DITURUT.

Beramallah dengan ilmu, bila mana terlihat sesuatu yang pelik, maka berusahalah untuk mencari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari. Bukan datang bergolek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yang bercanggah, perlu di buang terus. Mana yang baik kita teruskan.

HIDUP BIAR BERSANDARKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

Saya berharap sangat agar satu hari nanti ada kesedaran dari golongan yang terlebih dewasa untuk memahami perkara ini. Memang sekarang adat tersebut masih diamalkan. Tapi jika lebih ramai yang bersuara tegakkan perkara yang benar, Isyaa Allah adat yang pelik lagi menyusahkan itu boleh dihapuskan.

#hidup biar bersandar AL-Quran dan Sunnah
#boikot adat merepek

Sumber : Facebook Suraida Rahmat

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://trendingmedia1.blogspot.com/2015/10/kenduri-arwah-itu-wajib-orang-melayu.html .