Suami Cium
Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah
“Suami
jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada
orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah.
Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita
yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada
sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang
untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.
Mari
buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.
Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapannya sudah tentu tidak batal.
Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari
menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka
sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah
tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal
abadi).
Maka
bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada
hukum lagi?
Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
Ini
kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang
mati.
Maka
jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang
isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.
Tapi,
jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah
wuduknya.
Contoh,
suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal
adalah si isteri.
Rujukan
-Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )
Sumber
:
http://www.ommdotmy.com/2015/10/suami-cium-jenazah-isteri-batalkah-wuduk-jenazah/
No comments:
Post a Comment