Sunday, 25 October 2015

“KENDURI ARWAH ITU WAJIB? ORANG MELAYU KITA SUDAH TERPESONG ?”



“KENDURI ARWAH ITU WAJIB? ORANG MELAYU KITA SUDAH TERPESONG ?”

Sikap orang kita yang terlalu cepat menilai dan menghukum orang memang sudah lali sejak dari dulu lagi, bukanlah nak menjatuhkan kaum sendiri. Tetapi apa yang dikatakan oleh wanita ini memang fakta dan cukup mendalam kepada kita semua.

Tabiat yang seolah-olah suka ‘meraikan’ kematian seseorang, sehingga menyukarkan keluarga si mati melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan. Mungkin bukan semua tetapi kebanyakan daripada mereka yang bersikap begini.

Perkongsian daripada seorang netizen ini akan membuka mata kita semua. Anda setuju atau tidak, itu terpulang dengan anda. Renung-renungkan.. – OhBulan

BUAT MEREKA YANG MASIH SUKAR MENOLAK KENDURI ARWAH..

Kenduri arwah itu WAJIB?..

Persoalan saya selama ini terjawab juga dalam Al-Kuliyah petang ini. Saya sering ada rasa tidak puas hati apabila ada saja kematian dalam sebuah keluarga, maka keseluruhan ahli keluarga akan bersibuk-sibuk menyediakan makanan buat tetamu yang hadir sedangkan pada masa itu suasana teramatlah sedih.

Teramat-amat sayu…

Saya teringat waktu kematian arwah ayah saya. Waktu itu kami sekeluarga berada dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing. Kami hilang satu kudrat, tulang belakang kami yang menyara hidup kami.Saya pula baru saja 3 bulan lebih bekerja. Masa tu gaji kecil sangat. Tolak itu tolak ini hanya tinggal beberapa ratus untuk teruskan hidup sementara tunggu gaji bulan seterusnya.

Bila terima kematian ayah tercinta. Hati bagaikan dilanggar garuda, sedihnya tidak terkata, ayah meninggal waktu saya ada bersama-samanya. Selesai urusan pengkebumian, saya lihat saudara mara sudah sibu bertanyakan tentang kenduri arwah yang akan dijalankan. Pada masa tu saya terasa terhimpit sangat, dengan keadaan gaji cukup-cukup makan, saya terpaksa korek sana sini. Kongsi adik beradik duit sekadar ada untuk menjayakan permintaan orang-orang yang lebih dewasa yang mahu kenduri arwah.saya biarkan emak berehat, sebab dia terlalu lemah, terlalu sedih dengan pemergian abah, jadi saya dan adik beradiklah yang uruskan semua dan saudara mara bantu memasak.

KEADAAN SALING TAK TUMPAH SEPERTI SEDANG MERAIKAN SEBUAH KEMATIAN, SEOLAH-OLAH SUDAH MENJADI ADAT YANG HUKUMNYA WAJIB.

Pada wakti itu, keadaan nya saling tak tumpah seperti sedang meraikan sebuah kematian, sedangkan keluarga kami baru sahaja kehilangan abah. Scenario ini biasa saya lihat dilakukan oleh orang dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya wajib, Saya amat keliru pada waktu itu..

Mengapa ada perlu ada hukum sebegini sedangkan sebenarnya mengdakan kenduri ini amat menyusahkan kami sekeluarga kerana menelan belanja yang besar. Dek kerana kenduri yang menelan belanja yang besar, kami terpaksa tangguhkan dulu nak beli batu nisan untuk kubur arwah abah. Bayangkan waktu itu batu nisan yang tidak sampai RM500.00 pun kami tak mampu nak beli sebab dah banyak habis duit pada kenduri.

Kami memang susah wakti itu sebab lepas abah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sangat teruk. Kami makan sekadar ada. Tiada yang mewah-mewah. Berlaukkan telur goring dan kicap juga sudah cukup syukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati hidup susah. Tubuh kami juga sudah pernah menjamah tidur diatas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk tanpa bantal.

ORANG MELAYU KITA SUDAH TERLALU BANYAK TERPESONG DENGAN ADAT.

Sudahnya, hanya selepas beberapa bulan, baru kami mampu beli batu nisan sebagai tanda kubur abah, menggantikan batang kayu dengan sedikit rimbunan bunga yang abang saya cacakkan sementara menunggu batu nisan dibeli.

Namun apa yang saya dengar dari ceramah AL-Kuliyyah hari ini menjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Ustaz beritahu, orang Melayu kita sudah terlalu banyak terpesong dengan adat. Kita beramal tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukkan utama berbanding Al-Quran dan Sunnah. Hasilnya, masyarakat kita terjerut sendiri dengan adat ciptaan manusia.

PADA ZAMAN RASULULLAH, MEREKA MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK KELUARGA SIMATI DEMI MERINGANKAN BEBAN KELUARGA. TAPI APA ORANG MELAYU KITA BUAT?..

Pada zaman Rasulullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpulkan sahabatnya dan menyuruh mereka menyediakan makanan untuk keluarga simati demi meringankan beban keluarga. Sunnahnya begitu. Tapia pa Orang Melayu kita buat?. Bercanggah bukan?, cukup saya katakan, keadaan yang kami sekeluarga alami suatu ketika itu adalah satu adat yang membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga simati mengadakan kenduri tahlil untuk arwah. Tapi biarlah kena pada waktunya. Iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula telah menyelesaikan semua perkara yang bersangkut paut dengan arwah, dan keluarga mempunyai duit yang mencukupi untuk menjamu tetamu yang datang. Bukanlah seperti sekarang, asal sahaja ada kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 7 malam berturut-turut yang menelan belanja besar. Seolah-olah jika tidak ada kenduri keseluruhan ahli keluarga itu berdosa atau tidak menghormati si mati.

Walaupun sekarang Alhamdulillah saya mampu dengan rezeki yang ALLAH bagi, tapi saya tidak sesekali menyokong adat yang terpesong dari sunnah itu. Sebab saya sudah rasa susahnya ketika itu. Saya tidak mahu orang lain rasa apa yang kami rasa. Sebab itu saya tidak kisah jika dihidangkan minuman sekalipun jika menziarahi orang meninggal. Keadaan itu sudah saya alami.


ADAT TIDAK SEMESTINYA BENAR DAN WAJAR DITURUT.

Beramallah dengan ilmu, bila mana terlihat sesuatu yang pelik, maka berusahalah untuk mencari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari. Bukan datang bergolek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yang bercanggah, perlu di buang terus. Mana yang baik kita teruskan.

HIDUP BIAR BERSANDARKAN AL-QURAN DAN SUNNAH

Saya berharap sangat agar satu hari nanti ada kesedaran dari golongan yang terlebih dewasa untuk memahami perkara ini. Memang sekarang adat tersebut masih diamalkan. Tapi jika lebih ramai yang bersuara tegakkan perkara yang benar, Isyaa Allah adat yang pelik lagi menyusahkan itu boleh dihapuskan.

#hidup biar bersandar AL-Quran dan Sunnah
#boikot adat merepek

Sumber : Facebook Suraida Rahmat

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://trendingmedia1.blogspot.com/2015/10/kenduri-arwah-itu-wajib-orang-melayu.html .

No comments:

Post a Comment