Ungguli acara akhir Bidar 30 Pekayuh Terbuka, Regata Sarawak 2015
KUCHING:
Gelaran ‘Raja Sungai’ menjadi milik Jang Altel 2 apabila merangkul
juara acara akhir Bidar 30 Pekayuh Lelaki Terbuka, Regata Sarawak 2015
yang berakhir di Tebingan Kuching semalam.
Mencatatkan masa 7.03,
Jang Altel 2 menewaskan juara tahun lalu Enraz Cahaya Zen 3 (naib juara)
hanya ketinggalan lima saat manakala tempat ketiga diduduki Kumpulan
Yayasan Sarawak 3 dengan masa 7.15.
Kemenangan bergaya itu
membolehkan Jang Altel 2 membawa pulang Piala Pusingan Tuan Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri dan wang tunai RM10,000 manakala pemenang
kedua dan ketiga masing-masing menerima RM8,000 dan RM6,000.
Hadir
menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi
Tan Sri Adenan Satem dan turut disaksikan oleh mantan Yang di-Pertua
Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.
Manakala
Kumpulan Yayasan Sarawak mendominasikan beberapa acara dengan memenangi
Bidar 30 Pekayuh Lelaki VIP – Piala Pusingan Petronas, Bidar 20 Pekayuh
Campuran (15 Lelaki dan 5 Wanita) Terbuka, Bidar 15 Pekayuh Campuran (10
Lelaki dan 5 Wanita) serta Bidar 10 Pekayuh Lelaki.
Sementara
pasukan Landas juga membuktikan kehebatan apabila menjuarai acara Bidar
30 Pekayuh Lelaki Petra, Bidar 30 Pekayuh Lelaki – 1KM dan Bidar 15
Pekayuh Lelaki Terbuka menerusi perahu Landas 46, Landas 51 dan Landas
31.
Acara Bidar 20 Pekayuh Lelaki Antara Bahagian, Piala Pusingan
Altel dimenangi Kumpulan Yayasan Sarawak/ Puteri Dang Balai (Kuching)
menewaskan Sri Muara Tuang (Samarahan) dan Landas (Limbang).
Sementara
itu, acara Bidar 20 Pekayuh Lelaki Terbuka, Piala Pusingan Petra Energy
Berhad dan Kenyalang Terbuka 20 Pekayuh Lelaki, Piala Pusingan Iltizam
Centre Miri pula masing-masing diungguli pasukan Unche Chu dan Jang.
Dalam
pada itu, Mutiara Jang Sambas merangkul Piala Pusingan Kementerian
Pelancongan Sarawak setelah memenangi acara Kenyalang Campuran (15
Lelaki dan 5 Wanita) manakala Swinburne Phytons C menjuarai acara
Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki IPTA/ IPTS – Piala Pusingan JX Nippon.
Armada
Pemuda PBB mengungguli acara Bidar 10 Pekayuh Wanita menewaskan Sri
Muara Tuang dan Swinburne Kapita Hulu di tempat kedua dan ketiga.
Bagi
acara Balok 7 Pekayuh Lelaki dimenangi Sri Pakatt dengan tempat kedua
dan ketiga dimenangi Imbok (PBB Batu Kawa) dan Lanun 2.
No comments:
Post a Comment