Program “Reunion Ex-Student SMK Muara Tuang 1989 –
1993” merupakan majlis perjumpaan/perhimpunan bekas pelajar Sekolah
Menengah Kerajaan Muara Tuang yang menuntut sekitar tahun 1989 sehingga 1993 (SPM).
Ini adalah merupakan program pertama yang diadakan untuk sesi tahun tersebut.
Ini bukan sahaja merupakan medan pertemuan semula bagi bekas pelajar malah ia
sebagai wadah menjalinkan semula hubungan ukhwah bekas-bekas pelajar dan
pendidik.
Untuk mengimbas
kenangan zaman persekolahan nanti pasti akan menjadi agenda utama di samping
mengeratkan perhubungan samada di pihak rakan-rakan bekas pelajar mahupun bekas
pendidik yang pernah mengharungi pahit
getir serta kenangan manis semasa masih menuntut di SMK Muara Tuang dari
1989 hingga SPM 1993.
Pihak kami
amat berharap agar Program “Reunion
Ex-Student SMK Muara Tuang 1989 – 1993” ini nanti akan menjadi titik
permulaan untuk menggabungkan semua bekas pelajar dalam satu jumlah yang lebih
besar pada masa akan datang akan berhasil.
OBJEKTIF
PROGRAM
BUTIRAN
PROGRAM
Lokasi : HOTEL
PENN VIEW INN
Tarikh : 19
Disember 2015
Masa : 11.00
pagi hingga 2.00 petang
SASARAN
PROGRAM
Perlaksanaan
program bagi yang pertama kali diadakan ini merupakan titik permulaan untuk
menjana atau merancakkan lagi program yang seterusnya nanti. Bermakna ini
bukanlah hanya untuk perjumpaan semata-mata tetapi bagi menguatkan kerjasama
serta mengeratkan silaturrahim di kalangan bekas pelajar dan guru.
Dengan
harapan yang tinggi kepada misi kali ini agar semua ahlijawatankuasa berharap
kerjasama dan komitment semua adalah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment