Tuesday, 21 April 2015

FIRST KONSERT







KONSERT MAJLIS PERKAHWINAN DI KPG ENGSENGEI SIMUNJAN
                Kampung Engsengei terletak di Daerah Simunjan, Jarak perjalan sejauh 60KM sekiranya mengunakan Feri dan 98 KM sekiranya menggunakan jalan darat dimana ianya mengambil masa  40 ke 50 minit menggunakan Feri (tidak termasuk Masa Menunggu)  1 jam 10 minit menggunakan jalan darat. Dalam perjalanan kita akan melalui Daerah Asajaya dan Daerah Kecil Sadong Jaya.
Kampung Engsengei adalah sebuah kampung kecil yang berkapasiti dalam lingkungan 30 hingga 40 buah rumah, Di Majlis perkahwinan masih menjalan kerja-kerja gotong-royong di kalangan penduduk kampung, saudara terdekat dan jiran terdekat. Selain barangan keperluan yang di sediakan oleh tuan rumah, ada juga barangan yang diterima adalah hasil dari sumbangan penduduk kampung dimana  serba sedikit ia dapat membantu meringankan beban tuan rumah untuk Majlis Tersebut. 
Persediaan untuk majlis Perkahwinan dimulakan seminggu lebih awal. memandangkan perkhidmatan bekalan air belum lagi dinikmati penduduk kampung tersebut. Manakala Bekalan letrik dan hubungan jalan raya yang baik amat memudah kunjungan ke sini.
Untuk makluman ini merupakan konsert pertama bagi Simple Head Band, pertunjukan bermula seawal jam 8.40 malam (22.02.2013 – Jumaat) dan berakhir sekitar jam 11.40 malam. Konsert diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Engsengei, Simunjan. Pertunjukkan di meriahkan dengan kehadiran ramai penduduk kampung. Selain band kami Simple Head merupakan Band Utama untuk persembahan malam itu.. terdapat juga band lain yang turut sama menyertai, antaranya extra band dari Kpg Tanjung Bundung Tradisi, Band dari Kampung Rangawan dan Headdiver Band dari Kampung Sindang Baru. Selain itu ada juga peserta/penyanyi solo yang mengetengahkan bakat-bakat masing-masing dengan diiringi headdiver band..
Manakala Pada Siang hari (23.02.2013 – Sabtu) Persembahan bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.
Untuk Semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung untuk menjayakan konsert ini di ucapkan berbanyak terima kasih dan Insyaallah kita akan Bertemu di lain masa dan waktu.. kepada tuan Rumah diucapkan berbanyak terima kasih kerana menjemput Simple Head Band untuk memeriahkan majlis Perkahwinan di Kampung Engsengei, Simunjan.