 |
GAMBAR HIASAN |
| |
GAMBAR HIASAN |
Hal ini disampaikan sendiri oleh
mangsa sendikit iaitu sekumpulan rakyat Malaysia yang kami jumpa sewaktu kami
melalui daerah Robinvale, Australia pada penghujung April lalu.
Walaubagaimanapun mereka yang menyampaikan kisah ini tidak mahu namanya
dipaparkan oleh pihak kami.
Tujuan kami membongkarkan sendikit ini adalah untuk memberi kesedaran kepada
mereka yang berhasrat untuk bekerja disana melalui cara yang dipaparkan ini.
Ramai yang menerima mesej melalui whatsapp, melalui email, melalui mulut
kawan-kawan, saudara-mara berkenaan peluang pekerjaan kerja petik buah di
Australia yang mana di gembar-gemburkan bergaji mewah hinggakan mampu mencecah
RM3,000 ++ seminggu dan mampu mencecah RM15,000++ sebulan. Kes scam petik buah
di Australia ini bukan saja melibatkan golongan peringkat pendidikan rendah
malah ia juga melibatkan mereka yang mempunyai pendidikan taraf master. Apa
yang menyedihkan lagi ada yang sanggup melepaskan kerja bergaji sekitar RM2,500
hingga RM4,000 di Malaysia semata-mata mahu mengejarkan peluang pekerjaan yang
menjanjikan pulangan yang tidak pasti ini.
Ada ibu bapa pula yang tahu akan peluang ini tanpa berfikir panjang sanggup bergadai
barangan kemas malah ada juga yang sanggup menjual tanah serta aset yang ada
semata-mata mahu menanggung kos penghantaran anak mereka yang baru habis
belajar dan yang mengangur untuk turut sama bekerja sebagai pemetik buah di
Australia.
Agensi pekerja yang menawarkan sesi pekerjaan ini kebanyakannya tidak berdaftar
dan ada yang menjalankan secara individu. Mereka ini mempromosikan tawaran
melalui Facebook, Blog, Whatsapp dan social media lain seperti twitter &
instagram. Ada juga yang lebih berani mempromosikan dalam group facebook
komuniti setempat seperti Shah Alam Residence , Bukit Beruntung Residence dan
beberapa group komuniti penduduk yang lain. Sebaik saja ada mangsa yang
berminat telah diperolehi maka selepas itu mereka akan deactivekan account
facebook yang digunakan agar jejak mereka tidak dijejaki.
Mereka ini mensasarkan kepada siapa saja dan menggunakan isu-isu berkaitan
bebanan hutang, tiada kerja di Malaysia, mereka yang dibuang kerja sama ada
sektor awam atau swasta, bebanan keluarga dan sebagainya beserta dengan
pelbagai janji manis seperti penginapan yang selesa, transport disana,
kebajikan pekerja diutamakan kononnya serta peluang pekerjaan yang sentiasa ada
bagi mereka yang mengikuti tawaran kerja yang dijanjikan. Malah ada agensi pekerjaan
yang lebih berani dengan menawarkan permit pekerjaan sah dengan pakej-pakej
pembayaran tertentu. Yang mana pakej yang mereka tawarkan itu mampu mencecah
lebih dari RM15,000 seorang.
Hakikat sebenar semua ini hanya janji palsu untuk menarik minat mangsa agar
mereka memperolehi keuntungan hasil janji palsu yang di khabarkan. Pekerjaan
yang kononnya sentiasa menanti mereka sebenarnya perlu dicari sendiri. Tambah
beliau kehidupan di Malaysia adalah jauh lebih selesa walau bergaji sekitar
RM1,500-RM2,000 .Ini kerana setiap kali kerja di sebuah ladang telah habis maka
semua pekerja perlu pindah disuatu tempat/daerah baru. Bagi mereka yang tidak
mempunyai kereta maka barangan keperluan seperti barangan dapur terpaksa
ditinggalkan dan perlu dibeli semua di tempat baru nanti.
Hal paling menyedihkan disini adakala apabila sudah penat bekerja di ladang
maka majikan(kontraktor) tidak beri gaji dengan pelbagai alasan dan tidak
terlepas juga dengan masalah majikan yang melarikan diri. Ada dikalangan mereka
juga sengaja mencari kesalahan yang tidak wujud untuk memotong gaji-gaji
pekerja. Walau telah diberitahu kesalahan tersebut bukan kesalahan dari kita
namun alasan itu hanya didengari sekadar syarat dan kita tiada hak dalam
tuntutan gaji yang dipotong. Kerana majikan ini tahu yang kita datang bekerja
tanpa permit yang sah. Jadi tiada siapa yang akan mempedulikan dan laporan
polis juga tidak akan dilayan sama sekali. Begitulah tertindasnya kami yang
bekerja disini.
Pihak imegresen Australia juga semakin kerap menjalankan serbuan sewaktu
bekerja hinggakan di penginapan juga ramai yang di tangkap pihak penguasa oleh
kerana di kesan bekerja tanpa mempunyai dokumen sah.
Tambah beliau kehidupan pekerja Malaysia yang bekerja di Australia kadang-kala
tertindas lebih teruk dari warga asing yang datang bekerja di Malaysia. Keadaan
penginapan yang kotor, tiada masa menunaikan ibadah wajib, dan terpaksa
berkongsi bilik berlainan jantina oleh sebab mahu mengurkan kos sara hidup
disana.
Disebabkan kebanjiran rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia ini juga
telah menyebabkan pihak imegresen meningkatkan sekatan di semua lapangan
terbang antarabangsa mereka dan akan menghantar semula mana-mana pelancong
Malaysia yang didapati mahu datang untuk bekerja disana. Keadaan ini juga telah
menyukarkan ramai pelancong Malaysia untuk masuk melancong kesana.
Sumber asal : http://www.wiiiiii.com / http://okketakni.blogspot.my