Thursday, 7 May 2015

APA KATA MARA?..


   oleh Mariam Mokhtar 

SEKILAS PANDANG: Mara telah memalukan negara, dan menghina setiap kanak-kanak dan remaja yang pernah dicabul, dirogol, diperdagang dan dieksploitasi secara seksual.

Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, berasal dari Malim Nawar dekat Kampar. Beliau menerimas biasiswa Mara untuk melanjutkan pelajaran di Imperial College.
Pada 2 Mei, The International Business Times malaporkan yang pada November lalu, polis Metropolitan menggeledah tempat tinggal Nur Fitri dan menemuinya “bersama komputer riba yang masih terbuka bersebelahan patung kanak-kanak”.

Sara Keane daripada Unit Jenayah Berat Polis Metropolitan berkata, “Nordin terlibat membuat dan menyebarkan antara imej yang paling ekstrem penah dilihat polis yang ditugaskan dalam bidang itu.”
Polis merampas 30,000 gambar dan video lucah kanak-kanak, yang mana 601 daripadanya adalah dalam kategori A (pencabulan seks melibatkan penetrasi dengan kanak-kanak), dan ribuan lagi dalam kategori B dan C. Sekitar 1,156 daripada jumlah itu telah diharamkan. Pada 30 April, Nur Fitri dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun, dan akan dihantar pulang sebaik selepas menjalani hukuman itu.
Dan apa respon Mara?

Pertama; pada 3 Mei lalu, Pengarah Komunikasi Korporat Mara Rohayah Mohd Zain mengeluarkan kenyataan mengakui betapa seriusnya kesalahan itu dan berkata, “Mara telah menggantung pinjamannya sejak beliau didakwa November lalu. Namun berikutan sabitan dan penjatuhan hukuman, pinjaman tersebut telah dibatalkan serta-merta dan beliau perlu membayar semula pinjaman yang sudah diberikan.”
Kedua; pada 4 Mei, Harian Metro melaporkan yang Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mencadangkan agar Nur Fitri dibenarkan menyambung pelajaran di universiti tempatan selepas dihantar pulang.

Presiden GPMS Jais Abdul Karim berkata, “GPMS akan berbincang dengan Mara tentang isu ini, agar Nur Fitri dibenarkan meneruskan pelajaran di mana-mana institusi pendidikan dalam negara selepas dihantar pulang.”

GPMS juga mendakwa yang Nur Fitri akan dihantar pulang bulan berikutnya.
Rakyat Malaysia ingin tahu mengapa GPMS merasakan Nur Fitri akan dihantar pulang pada bulan hadapan? Adakah pihak berkuasa UK memaklumkan kepada mereka?
Ketiga; pada 5 Mei, ahli Majlis Mara Nazir Hussin Akhtar Hussin dan pengerusi Mara berkata yang Nur Fitri berhak mendapat peluang kedua selepas menjalani hukuman, terutama beliau adalah di kalangan pelajar pintar yang boleh menjadi aset negara.

“Kita akan berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya, salah satu dengan memberi peluang untuk dia meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara,” katanya seperti dipetik laman mStar. 

Turut sama ingin memberikan peluang kedua kepada pelencong seksual ini adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal, yang cuba mendapatkan hukuman yang lebih ringan untuk Nur Fitri.
Kedua-dua Mara dan Shafie menghantar mesej yang bercampur-baur.
Jika anda seorang Melayu, atau pemegang biasiswa Mara, atau dianggap sebagai genius, anda akan terlepas daripada tindakan akibat melakukan jenayah kejam dan diberi peluang kedua.
Jika bertaubat, anda akan dibersihkan daripada dosa. Hari ini, orang Islam hanya perlu bersumpah dengan Quran, dan semuanya akan dimaafkan.

Di negara bertamadun, menyebarkan, menonton dan membuat pornografi kanak-kanak adalah satu jenayah. Di Malaysia, siapa yang berbuat demikian dianggap ‘aset’.
Sejumlah Melayu yang jahil sedang menolak Malaysia ke jurang bahaya. Tiada seorang pun pegawai Mara, pengerusinya, atau menteri ada menyebut untuk meletakkan Nur Fitri dalam ‘Daftar Pesalah Laku Seks’*. Mereka tidak menyentuh soal rawatan terhadap Fitir, kerana genius atau tidak, beliau adalah seorang yang sakit dan membawa bahaya kepada masyarakat, terutama kanak-kanak.

*Berikutan serangan seksual dan pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak berusia 8 tahun, Nurin Jazlin Jazimin pada 2007, bekas PM Abdullah Badawi berkata yang senarai pesalah laku seksual yang didapati bersalah perlu didedahkan kepada orang ramai.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Apa-Mara-anggap-pedofil-aset-negara#sthash.tmzcZw8e.dpuf

No comments:

Post a Comment