Kepada yang selalu travel, sila baca perkongsian ini. Kejadian ini
berlaku pada rakan saya dengan isterinya di Lapangan Terbang Labuan
semalam (25 April 2016).
Setelah sampai di Lapangan Terbang Labuan, kami berdua berjalan mancari
tempat untuk membuka bagasi sebab nak repack semula barang-barang.
Maklumlah banyak coklat dan empat pasang kain lagi.
Biasanya kerja-kerja pakcing saya buat sendiri, tak bagi suami yang
buatkan. Biasalah, bekas pramugari, suka nak packing bagasi.
Sambil saya pakcing, datang seorang lelaki yang tidak dikenali yang
tiba-tiba bersembang dengan suami. Sembang biasa-biasa, sembang tentang
coklat kitalah, nak pergi manalah dan bla.. bla.. bla..
"Ramahnya lelaki itu," dalam hati saya bermonolog.
Setelah habis packing, saya beritahu suami yang saya telah siap dan
suami pun ajaklah pergi cari surau untuk solat. Baru beredar beberapa
belas langkah sahaja, lelaki yang tadi pun memanggil kami dari belakang.
"Abang, mau minta tolong boleh ah? Saya banyak barang mau angkut balik
dan sudah melebihi berat luggage. Boleh tolong saya dan bagi saya check
ini bawah nama abang. Nanti bila sampai Kuala Lumpur, saya bayar duit
sama abang," katanya dengan nada yang merayu-rayu.
"Awak flight pukul berapa? MAS ke?" soal saya.
"Jam 3 petang. Sama," katanya.
Belum sempat saya nak jawab "Boleh," (iyalah, lembut hati nak tolong
orang, kasihan kan) lantas suami dengan muka yang serious, nada yang
tegas tetapi sopan berkata, "Tak apalah,".
Lepas itu suami terus memegang tangan saya dan beredar.
"Abang, kenapa tolak? Kenapa tak tolong dia?" tanya saya dalam kehairanan.
"Kita tak kenal dia. Tiba-tiba nak tolong check in barang dia. Memang
dia kata dalam itu adalah ikan sahaja. Manalah kita tahu kalau dalam
perut ikan itu disumbat dengan dadah ke apa. Bukan nak bersangka buruk
tetapi kita tak kenal dia. Kalau jadi apa-apa, kita yang kena," tegas
suami.
"Oh! Betul-betul, nasib baik ada abang. Kalau tak ada dan saya seorang
diri, mesti dah tersetuju untuk menolongnya,' syukur rasa simpati saya
cepat ditegah oleh suami.
"Kalau pakcik sendiri tak apa, ini yang tiba-tiba minta tolong, sembang
pun tak sampai 5 minit, baik jangan. Kena ingat tu," kata pesan suami.
Saya? Insaf seketika. Setelah masuk dalam pesawat MAS, suami tanya ada
nampak tak lelaki yang kononnya naik kapal terbang yang sama. Mata saya
liar mencari kelibatnya, namun tiada kelihatan.
"Memang tak ada, betul tak ada!"
Suami pun tersenyum paksa. Tandanya apa yang dia jangkakan itu mungkin
tepat. Kalau tak, percuma kami menjadi 'keldai dadah' (tak tuduh, just
in case sahaja,).
Moralnya, berhati-hati jika ada orang meminta tolong jadi 'transporter'.
Seperti dalam filem, boleh selalu terlepas dan menjadi kaya.
Realitinya? Kalau terjadi pada kita di sini, tali gantunglah yang akan
'transport-kan' kita ke alam barzakh.
Harap semua orang berhati-hati. Jangan percuma jadi keldai dadah hanya
kerana duit. Duit itu bukan penjamin kita selepas mati. - Ariati Mohd
Sumber Berita : http://berita-semasa-terkini.blogspot.my
No comments:
Post a Comment